InsyaAllah, memberi keinsafan pada diri ini dalam menyedarkan hakikat kehidupan kita di muka bumi ini... bukan hanya angan2, bukan juga keseronokan, bukan sekadar memenuhi impian... segala mimpi indah hanyalah mainan duniawi... kerana.... kehidupan yang kekal adalah kehidupan selepas ini yang mana ditentukan oleh corak kehidupan kita hari ini... muga kita semua sedar akan hakikat itu..
kata2 : Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man :
Janganlah kamu rasa
hebat terhadap dirimu kerana kamu tidak lebih hanyalah hamba yang hina di sisi
tuhanmu. Kita tidak lebih dari hamba yang banyak dosa di sisi Allah. Kita hanya
insan kerdil yang akan berdiri di hadapan Allah di padang yang maha luas. Kita
hanya insan yang akan menggigil ketakutan, Bilamana segala dosa dibentangkan.
Kita akan merayu rayu mengharap keampunan Allah bilamana segala kesalahan
dibentang satu persatu. Kita akan mengutip setiap pahala di padang Mahsyar bagi
menolong kita sewaktu di hisab. Kita akan saling lari antara satu sama lain,
kerana dosa antara kita. Kita akan merangkak dihadapan Tuhan, Kita akan merayu
dalam tangisan terhadap ketentuan nasib yang semangkin dekat. Kita akan
kekeringan di tengah panasnya mentari. Kita akan kelaparan yang panjang tanpa
sebarang makanan. Kita akan kehausan tanpa bekalan minuman. Kita kan menanti
giliran untuk dihisab. Hisaban yang sangat mencemaskan. Hisaban yang tiada
sogokan. Hisaban yang semua mata akan menumpu kepada kita. Hisaban yang menentukan
nasib kita selepas itu. Hisaban yang menyebabkan semua yang berdosa akan cuba
lari darinya.
Selepas itu wahai anakku, kita akan melaluinya. Kita akan menempuhinya, kita akan dipaksa menitinya. Itulah yang amat menggerunkan, menakutkan, mengharap keselamatan. Itulah titian sirat.
Wahai anakku,
Semua orang tidak lagi mempedulikan apa yang ada sekelilingnya. Tubuhmu tidak akan mempu lagi bediri. Kakimu akan menggeletar ketakutan di atas titian sirat. Jauhnya perjalanan, sempitnya laluan. halusnya titian.
Wahai anakku.
Aku mengharapkan keselamatan yang tidak pernah aku mengharap sedemikian pada saat itu. Aku tidak akan mendoa untuk orang lain pada waktu itu, melaknkan diriku. Aku tidak akan ingat sesiapa lagi pada saat itu, walaupun Rasul yangaling aku kasih. Itulah kedahsyatan yang aku tidak mampu untuk menulisnya lagi.
Ya Allah.
Aku memohon rahmatmu di saat itu untuk diriku dan semua yang aku sayangi. Tanpamu aku tidak akan selamat. Tanpamu aku tidak mampu berdiri. Tanpa redhamu, aku tiada apa- apa lagi di kala itu.
Ya Allah,
Selamatkan aku dan orang yang aku sayang di saat nerakaMu dinyalakan.

No comments:
Post a Comment