Sunday 16 October 2011

BANGKITLAH,PUJUKLAH DIRI SENDIRI...

setiap orang bila rasa tertekan, mesti mahukan seseorang datang memujuk. bila rasa nak menangis, kalau boleh nak sangat ada crying shoulder.... rasa satu perasaan yang amat bahagia bila ada yang memahami sekaligus cuba untuk menenangkan....tetapi, semua ini hanyalah gambaran yang indah sahaja..tiada siapa yang akan bersama dengan kita sepanjang 24 jam penuh... nak tak nak, kita perlu hadapinya sendiri...  memujuk hati dan bangkit sendiri..ya, mungkin kita boleh katakan, Allah sentiasa ada bersama dengan kita...memanglah, ianya adalah satu kenyataan yang tak dapat dinafikan lagi...namun, secara fitrahnya kita sebagai manusia juga memerlukan manusia yang lain untuk menjadi penyokong.....walaupun kita mungkin mempunyai seorang sahabat baik....tetapi tidak mungkin sahabat itu akan berada disisi kita  24 jam seharian.....oleh itu, belajarlah untuk memujuk diri sendiri...hanya kita yang memahami diri kita sendiri sebenarnya.. aku bukanlah seorang yang kuat untuk memujuk diriku sendiri....amat berharap ada seseorang disisi yang dapat mendengar.... namun, ku sedar hakikat, setiap orang ada kehidupan sendiri yang perlu ditempuh. janganlah terlalu mengharap pada seseorang.... cubalah untuk bangkit dan bangun sendiri wahai diri................

firstly, binalah kekuatan tembok yang kuat.......

bukanlah mudah untuk bangun dan bina kekuatan sendiri....berusaha untuk menjadikan fikiran dan rohani tenang bukanlah semudah ABC.... apakah tembok yang perlu dibina itu?? itulah keimanan.... hanya dengan keimanan, sesorang dapat memujuk, merasionalkan dan menenagkan diri.....ajaib kan?


“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” Surah Ali-Imran ayat 139.

second, menangislah wahai diri.......
inilah 'pemujuk' yang amat aku rasakan berkesan..... semua orang berfikiran begini kan? menangis, menangis, menangislah, menangis sepuas-puasnya..... lepaskanlah segalanya kerana ia ibarat menerbangkan segala kekusutan dan masalah yang melanda.......
but, menangislah sambil berfikir.....that is da best way.....berfikir akan masalah yang dihadapi, uijan yang ditanggungi. jika ada apa-apa masalah yang tersimpan didalam hati, keluarkan semuanya di dalam tangisan yang sedang mengalir.
biarlah kita menangis untuk melapangkan jiwa. bukan tangis kita tangis yang menambah kelemahan. disamping air mata yang mengalir itu, ambil peluang ini untuk rasa kerdil dihadapan Allah SWT. rasakanlah wahai diri, air mata yang tumpah itu adalah satu bentuk kerendahan, bahawa kita adalah manusia yang tak mampu nak tangani uijan ini. air mata, itu adalah bukti kelemahan kita di hadapan Allah..... moga dengan terhapusnya ego diri ini, Allah mendamaikan jiwa, melapangkan hati, dan memberikan kita ketenangan dan jalan keluar kepada masalah kita......

third, cubalah muhasabah diri....
mengimbau kembali apakah kesalahan yang telah kita lakukan selama ini sehingga Allah menguji kita sebegini rupa...
"apakah dosa yang telah aku lakukan selama ini?"
insyaAllah, dengan muhasabah, hati akan menjadi tenang... dapat mengetahui di mana kesilapan kita dan cuba untuk menebus dan memperbaikinya... orang yang hebat ialah, apabila dia jatuh, dia akan cepat-cepat bangkit semula...... bangkit dengan mengambil pengajaran diatas kejatuhannya......

lastly, hadapilah masalah, janganlah lari dari masalah.......
pujuklah hati, kuatkan hati, teguhkan jiwa, tenangkan kalbu..... mungkin, selepas kita tabah menghadapinya, kita akan  bertemu dengan sesuatau yang kita harapkan.... tiada siapa yang tahu..... hanya Allah yang mengetahui segalanya...dan aku amat yakin, Allah tidak ciptakan sesuatau itu dengan sia-sia... termasuklah ujian......kerana, setiap sesuatau itu ada hikmahnya...Allah mengetahui yang terbaik buat hamba-hambaNya.....mesti ada sesuatu yang Allah hendak berikan atau ajarkan..... tinggal kita sahaja yang tidak memerhatikan....... akhir kata, hadapilah ujian, pujuklah diri dan tenanglah wahai jiwa, damailah hati........ 'sesungguhnya, Allah sentiasa bersama hambaNya yang mengingatiNya'

PERINGATAN BUAT DIRIKU...



Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: Melazimi membaca Al-Qur'an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari.
Ketiga:Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh
Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman
Keenam: Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.
Kelapan : Perbaharui Azam dan Tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT
Kesembilan : Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang mukmin sejati
Kesepuluh : Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT.

P/S: muga Allah permudahkan segalanya.....

Friday 19 August 2011

kenangan kita yang terindah

salam alaik...... 
hari nie macam biasa....meneruskan hari2 ku dgn kekuatan utk bangun bertahajud menghadapMu.....ohhh.....ya Allah, beratnyer....bantulah aku untuk trus istiqamah menghadapMu pada hari2 akan datang dengan kekuatan yang hanya senipis kulit bawang ni......erm, bile ckap psal ni....teringat kat kamu sumer sahabatku di sekolah tercinta SMASKL.....mempunyai sahabat yang akan mengejutku di awal pagi.....dr form 1 sampai form 5.... stdy same, solat tahajud same2.....ohh, indahyerr.....aku tak perlu rase risau akan kelewatan....kerana kamu ttap setia mengejutku....^-^....indahkan??? tepat pkul 3.30 pg kami pasti akan bgun.....rutin ni trus berkekalan hingga ku tamat persekolahan.....kini, dgn kekuatanku sendiri, aku cuba utk segagah ketika bersama kamu dulu.....bangun di awal pagi utk menghadapMu.....namun, bukanlah semudah itu.....aku dah lame meninggalkan kebiasaan itu....bangun hanya utk menunaikan solat subuh......itu pun sudah terasa beratyer.....baruku sedar akan kebenaran kata2 makcik halaqahku suatu ketika dulu....ketika itu aku hanya mendengarye tanpa perasaan.....kini, ia btol2 terjadi pada diriku sendiri..... imanku tlah down........kehidupan di luar mmg mencabar....aku tkot x dpat hadapinye dengan sebaik mungkin..... lbih2 tanpa kamu semua disisi.....yang akan memberi kekuatan tika aku lemah, memberi ketenangan ketikaku gelisah, memberi kegembiraan tika ku sedih, mendengar luahan hati2ku, membantuku disaat senang mahupun susah......ahhhhhh, aku kene terima hakikat bahawa aku kini perlu hadapinya sendiri.... bersama sahabat sepengajianku....Habibah Solehah.....kan bib??? kite kne kuat.......bantulah aku saat ku lemah....aku amat menyayangimu dan menghargai pengorbananmu.....banyak yang telah kite tempuh bersama.....saat duka dan ketawa.....banyak betul ujian kite kn??? aku sentiasa ingin mengucapkan padamu.....aku minta maaf andai tak dapat menjadi sahabat yang terbaik buatmu...membiarkan kamu dan diriku terus hanyut......aku juga sebenarnye perlukan kekuatan......aku betul2 dah rasakan diriku lemah......trima kasih kerana sentiasa memberi pinjam kepadaku bahumu tika ku sedih.......aku sudah tiada siapa lagi untukku mengadu.....sudah dua tahun ku rasakan diriku yang sebenar telah hilang...bukan lagi diriku yang dahulu.....sentiasa ketawa riang, memberi semangat kpada sahabat2, fokus didalam pelajaran, rapat dengan semua orang......yang tinggal hanyalah diriku yang lbih byk termenung.....fikiran bkn pada jasadku...balik hostel, aku lbih banyak buang masa....kau lbih mengetahui kn?? seusai solat, aku sentiasa mendoakan kebangkitan kita bersama.... seorang insan yang dapat memberi ketenangan buat ummi dan abah serta walidmu....susahkan?? terkadang aku terfikir  sejauh mane lagi aku dapat berjalan di muka bumi ini.....ya Allah, susunlah perjalanan yang terbaik buat diriku dan juga sahabatku....muga kami sentiasa dalam redhaMu....
buat sahabatku yang lain......aku sebenarnya amat mendambakan kekuatan dari kamu semua....tapi aku memahami, kite semua sibuk dengan urusan kita msg2 kn?? ku hanya mengharapkan doa darimu semua untuk diriku agar terus kekal kuat diatas jalan tarbiyah ini...doa dari seorang sahabat untuk sahabatnya...aku amat memerlukan kamu semua......sa, rod, ryn, na, aesyah, milah, tie, nad, kash, bib, latifah, yam, dila, mirah, kinah, fizah, miss u all!!! 
buat ryn~ hahaha, sory x dapat bertemu kamu di bulan ramadhan kali ini.....susah nk dapat tiket bas....aku sentiasa mengingati kamu......x nak bagi kata2 nasehat dan kekuatan untukku?? aku ingin sangat ketemu  sama kamu.....banyak cerita yang aku ingin kongsikan.....mendengar pendapatmu yang bernas...hehhehe...rinduyerr dkt ryn yg sentiasa bantu aku dalam belajar, dengar masalah, kogsi nota (w/p nota aku x secantik notamu..he5) same2 meluahkan rasa x puas hati kite, n yang pnting kata2 semangat dari kamu.....so sweet.......aku harap kita dapat berjumpa satu hari nnti...^-^

Sunday 7 August 2011

senyum??????

senyum seindah suria, 
yang membawa cahya,
senyumlah dari hati,
duniamu berseri. senyum umpama titian,
dalam kehidupan,
kau tersenyum, ku tersenyum,
kemesraan menguntum. senyum.........kepada semua,
senyumanmu amatlah bermakna,
senyum...............membahagiakan,
dengan senyuman terjalinlah ikatan.............

hari ni nk ckp psal senyum........kenapa amat susah nk senyum yer???
mungkin yang dah biasa akan rase bahagia bile tersenyum....kite sendiri pun akan rase bahagia melihat org tersenyum......biler kiter tersenyum sbnarnya akan membawa satu kebahagiaan kepada org disekeliling kite.....
kan????
indah yer senyuman ini......so, marilah praktik samer2 senyuman ini.....walaupun susah( bg sayela) i will try my best la......hehehehehe....senyumla seindah suria........kerana ia satu sedekah...........:-)