Monday, 31 December 2012

Dr Muhammad Mursi


Dr Muhammad Mursi dilahirkan pada 20 Ogos 1951 disebuah perkampungan bernama Al Idwah dalam wilayah Syarqiyah. Beliau lahir dari keluarga sederhana yang mementingkan pendiidkan Islam. Bapanya seorang petani dan ibunya suri rumah sepenuh masa. 

Semasa kecilnya mendapat pendidikan di kampong Al Idwah, akhirnya Dr Mursi memperoleh Ijazah pertama di Universiti Kaherah dalam bidang fakulti kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian ijazah kedua dalam bidang kejuteraan di Universiti yang sama. Pada tahun 1978, Dr Mursi melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat memperoleh ijazah kedoktoran (Phd) tahun 1982 di Universiti Southern California.

Setelah tamat belajar beliau dilantik menjadi pensyarah di Universiti Southern California tempat beliau belajar. Setelah kembali ke Mesir Dr Mursi dilantik menjadi Profesor dan ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material dari tahun 1985 hingga 2000 di Universiti Zaqaziq. 

Dr Mursi sangat terkenal dalam bidang akademik melalui pelbagai kajian terutama dalam bidang industri yang menyentuh pengeluaran hasil bumi Mesir. Beliau mempunyai berpuluh kajian dalam menyelesaikan kajian permukaan logam yang dianggap sebagai bidang utama kepakarannya sehingga kajiannya diktiraf oleh NASA pada tahun 1985.

Dr Muhammad Mursi mendirikan rumah tangga dengan Najla Ali Mahmod pada tahun 1978 dikurniakan 5 anak, beliau isteri dan 5 anaknya menghafal al Quran.

Selain berjaya sebagai ahli akademik, Dr Mursi juga aktif dalam gelanggang dakwah, beliau ahli Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin yang dan ahli majlis penentangan terhadap Zioniosme. Beliau sejak dulu lantang membela rakyat Palestin. 

Dr Mursi antara pendakwah yang cergas dalam Ikhwan Muslimin. Sikap beliau yang terus menentang kezaliman pemerintahan Hosni Mubarak menyebabkan beliau ditangkap beberapa kali. Setelah berlaku penipuan dalam pilihanraya 2005 Dr Mursi menjadi penggerak utama bagi melakukan demontrasi dan menyokong badan kehakiman bebas. Dr Mursi antara mereka yang terlibat dalam menyokong tuntutan gerakan “Hakim Demi Mersir” mendesak kerajaan tidak campur tangan dalam bidang kehakiman.
Akhirnya pada 18 mei 2006 Dr Mursi ditangkap bersama 500 orang anggata Ikhwan Muslimin yang sedang berkumpul di hadapan banguan mahkamah Kaherah. Akibat kesalahan itu menyebabkan beliau di penjara 7 tahun.

Apabila diadakan pilihanraya Presiden Ikhwan Muslimin mengambil keputusan tidak menghantar calonnya. Tetapi kemudiannya Majlis Syura mengkaji semula keputusan itu. Daripada 108 orang ahli majlis syura 56 orang bersetuju dan 52 tidak setuju.

Dan pada mulanya Ikwan Muslimin menamakan calonnya Khairat Shatir untuk merebut kerusi Presiden Mesir tetapi nama itu ditolak lalu diganti dengan nama Dr Muhammad Mursi.
“Kami akan mentaatimu jika kamu mentaati Allah, kami akan menderhaka jika kamu menderhaka kepada Allah, kami akan melakukan revolusi ke atasmu jika kamu menyalahi revolusi dan tujuannya….”

Demikian kata Abdullah Mursi anak Dr Mursi sendiri setelah ayahnya memegang jawatan Presiden Mesir. Isteri Dr Mursi Puan Najla Mahmod pula mengatakan pencalunan Dr Mursdi adalah ujian Allah dan akan lebih mendekatkan mereka kepada Allah. Beliau juga menolak untuk gelaran “Wanita Pertama Mesir”
Setelah menjadi Presiden Mesir, Dr Mursi telah menggariskan lima pekara yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pertama pemerintahannya iaitu mengatasi masalah lalu lintas,Keamanan bagi rakyat Mesir, Kebersihan,Roti dan bahan bakar

“Saya tidak mahu rakyat bencikan saya dengan sebab kenderaan presiden,” kata Dr Mursi.

Beliau meminta pihak keselamatan mengurangkan bilangan kenderaan bagi mengiringi Presiden supaya tidak mengangu pergerakan lalu lintas dijalan raya. Cabaran utama pasukan polis dan pihak keselamatan yang mengiringi Presiden baru Mesir ialah Dr Mursi suka menunaikan sembahyang subuh berjemamah di masjid dan enggan menutup lalu lintas apabila kenderaannya berada di jalan raya kerana tidak mahu menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Sejak menjadi Presiden Mesir yang pertama selepas Revolusi 2011, Dr Mursi tidak membenarkan kenderaan pengiringnya melebihi dari yang sepatutnya. Pada zaman Presiden Hosni Mubarak, beliau akan diiringi sekitar 500 buah kenderaan dan satu perjalan Mubarak menelan belanja antara 5 juta hingga 7juta LE.

Dr Muhaamd Mursi juga menyarankan suaya tidak diadakan perayaan besar besaran menyambut kemenanganya. Pada hari Jumaat di masjid Al hamd di kawasan Tajamuk Khomid behampiran dengan kediaman Dr Mursi, kira-kira setengah jam sebelum khatib menaiki mimbar membaca khutbah Dr Mursi memasuki pintu utama masjid tanpa kawalan keselamatan. Beliau mengambil saf pertama sebelum menunaikan solat sunat tahiyatul masjid. Kemudian Dr Mursi kelihatan membaca al Quran surah al Kahfi hingga azan pertama berkumandang.Selesai sembahyang Dr Mursi kelihatan bersalaman dengan imam dan pada jemaah sebelum beredar keluar dari masjid.

Setelah lebih 80 tahun lamanya Ikhwan Muslimin berjuang untuk menegakkan syariat Islam di Mesir dengan melalui pelbagai tekanan dan kezaliman dari pemerintah Raja Faraouk, Gamal Abdul Naser, Anwar Sadat dam Hosni Mubarak, sehingga ramai pemimpin mereka di tangkap dan dibunuh, kini pertubuhan yang diasaskan Hasan Al Banna itu menuai buah kemenangan melalui pilihanraya. Dr Mursi diberi peluang untuk melaksanakan apa yang diimpikan oleh Hasan Al Banna melalui gerakan Ikhwan Muislimin. Dr Mursi bukan sahaja menjadi harapan rakyat Mesir malah harapan seluruh umat Islam yang cintakan Islam.

~nasihat today daripada ibu habibah solehah~


InsyaAllah, memberi keinsafan pada diri ini dalam menyedarkan hakikat kehidupan kita di muka bumi ini... bukan hanya angan2, bukan juga keseronokan, bukan sekadar memenuhi impian... segala mimpi indah hanyalah mainan duniawi... kerana.... kehidupan yang kekal adalah kehidupan selepas ini yang mana ditentukan oleh corak kehidupan kita hari ini... muga kita semua sedar akan hakikat itu..


kata2 : Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man :

Wahai anakku,
Janganlah kamu rasa hebat terhadap dirimu kerana kamu tidak lebih hanyalah hamba yang hina di sisi tuhanmu. Kita tidak lebih dari hamba yang banyak dosa di sisi Allah. Kita hanya insan kerdil yang akan berdiri di hadapan Allah di padang yang maha luas. Kita hanya insan yang akan menggigil ketakutan, Bilamana segala dosa dibentangkan. Kita akan merayu rayu mengharap keampunan Allah bilamana segala kesalahan dibentang satu persatu. Kita akan mengutip setiap pahala di padang Mahsyar bagi menolong kita sewaktu di hisab. Kita akan saling lari antara satu sama lain, kerana dosa antara kita. Kita akan merangkak dihadapan Tuhan, Kita akan merayu dalam tangisan terhadap ketentuan nasib yang semangkin dekat. Kita akan kekeringan di tengah panasnya mentari. Kita akan kelaparan yang panjang tanpa sebarang makanan. Kita akan kehausan tanpa bekalan minuman. Kita kan menanti giliran untuk dihisab. Hisaban yang sangat mencemaskan. Hisaban yang tiada sogokan. Hisaban yang semua mata akan menumpu kepada kita. Hisaban yang menentukan nasib kita selepas itu. Hisaban yang menyebabkan semua yang berdosa akan cuba lari darinya.
Selepas itu wahai anakku, kita akan melaluinya. Kita akan menempuhinya, kita akan dipaksa menitinya. Itulah yang amat menggerunkan, menakutkan, mengharap keselamatan. Itulah titian sirat.
Wahai anakku,
Semua orang tidak lagi mempedulikan apa yang ada sekelilingnya. Tubuhmu tidak akan mempu lagi bediri. Kakimu akan menggeletar ketakutan di atas titian sirat. Jauhnya perjalanan, sempitnya laluan. halusnya titian.

Wahai anakku. 
Aku mengharapkan keselamatan yang tidak pernah aku mengharap sedemikian pada saat itu. Aku tidak akan mendoa untuk orang lain pada waktu itu, melaknkan diriku. Aku tidak akan ingat sesiapa lagi pada saat itu, walaupun Rasul yangaling aku kasih. Itulah kedahsyatan yang aku tidak mampu untuk menulisnya lagi.
Ya Allah. 
Aku memohon rahmatmu di saat itu untuk diriku dan semua yang aku sayangi. Tanpamu aku tidak akan selamat. Tanpamu aku tidak mampu berdiri. Tanpa redhamu, aku tiada apa- apa lagi di kala itu.

Ya Allah,
Selamatkan aku dan orang yang aku sayang di saat nerakaMu dinyalakan.

Sunday, 30 December 2012

sembang with ummi~~

assalamualaikum w.b.t

1st pengalaman final exam di bumi jordan ini akan ku tempuhi.... detik itu semakin menghampiri.... debaran di hati tidak berhenti berlari... tetapi otak smakin berhenti berfikir.... ke mana hilangnya semangat dalam diriku??? terbaca kata2 semangat yg telah dipost oleh seorg sahabatku... tepat mengenai diri ini... insyaAllah, muga ianya terus kekal didalam hati dan muga aku terkeluar dari golongan org2 yg malas... ameen... 

اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن ، وأعوذ بك من العجز والكسل، وأعوذبك من الجبن والبخل، وأعوذ بك من غلبة الدين وقهر الرجال
(mungkin kurang istiqamah baca al-ma'thurat)

semalam telefon ummi sebab adik2 akan mula masuk sekolah hari ni... just bg ucapan kat diorang suruh belajar elok2... sambil tu gelak2 agar rasa sedih ni hilang sebab terlalu rindukan mereka.... alhamdulillah, adikku tidak mengalami penyakit yang serius.... cume kene makan ubat tepat pada waktu dia... penyakit apa x pasti, tp berkaitan dengan neuron otaknya....

cakap2 dengan ummi, ummi suruh buat yang terbaik je dalam final exam kali... usaha tu penting ummi cakap... berapa banyak result Allah nak bg pun x kisah, asalkan kita usaha...:) owhh, terrharunya... rindu my mom...  waktu bersembang dgn ummi tu, secara x langsung aku memberitahu ummi rancangan hidupku pada masa akan datang... alhamdulillah ummi setuju sangat...:) after habis ijazah kat sini, balik malaysia n then sambung study dalam master pulak.... ummi nk sponsorr.. syukur sangat...ummi ckap muda lagi, so waktu nila belajar dulu banyak2... dalam masa yg sama tiba2 adikku menjerit kat telefon suruh aku kawen... haha... x sbar pulak dye.... x pe, bg peluang dkat semua abang2ku dulu... lgpun, its not the time.... lgpun aku setuju dgn rancangan ummi kawen ketika usia 24 or 25... banyak lg bende kene buat ni... dalam masa 5 tahun ni akan ku gapai impian setingginya sebelum ku membina masjid....:) sampai seru, ummi tolong carikan eppp... ;)
muga dengan cara ini, masjid yang dibina akan lebih berkat dan diredhaiNya....
kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya....:)

okeyh, its time to study.... doakan diriku dan sahabat2 yang lain berjaya dengan cemerlangnya dalama exam kali ini.... may Allah bless us...:) got to  go now.... assalamualaikum... 

Saturday, 29 December 2012

~untungnya umat Muhammad s.a.w.~


6 perkara Allah sembunyikan~~

''Menangis saya bila baca , meremang bulu roma :') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa
 walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Korang Baca jangan tak baca .

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah...

6 perkara Allah sembunyikan
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, danAllah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'
Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah...

Monday, 24 December 2012

ujian itu indah :)

berlalu sudah hari yang Allah menguji imanku.... its all about life... Allah tidak akan mambebankan seseorang itu melainkan dengan kemampuannya.... dan..... setiap ujian yang datang itu sebagai penghapus dosa bagi orang2 yang menyedari....alhamdulillah....thanks to Allah...

innalillahiwainnailaihi roji'un.... semunya kepunyaan Allah dan hanya kepada Allah lah ia kembali..... mungkin semuanya bukan rezekiku.... duit 80JD, mugkin duit itu ada yang lebih berhak mendapatkannya..... dan hp dari 1st gajiku masa cuti sem haritu pun Allah bagi pinjam buat sementara jee.... juga kehilangan2 kad bank, visa, k/p, lesen, serta gambar2 ahli keluargaku didalamanya.....insyaAllah ada hikmah yang tersembunyi.... :)

waahhhh, hebatkan motivasi diri ini?? saya sendiri pun x sangka sehebat ini sangka baikku terhadapNya.... alhamdulillah, saya x pernah pun rasa menyesal akan kehilangan semua ini.... air mata pertama yang turun dipipi ini bila sedar akan kehilangan barang, its all because i dont want to burden my only father with my small problem... saya hanya terfikir, andainya hamba Allah tu ambik my money and hp only, its the best way... but, with all my card... its something difficult to me... after that, in my solat saya menghalalkan segala duit dan barang yang orang tu ambil dengan doa semoga hidayah Allah dekat dengannya... ameen... air mata kedua yang turun dipipi ini diawal pagi tadi apabila ku tersedar dengan kata2 kakak halaqahku.... "sabar ye farhah, semua ni ujian dariNya sebagai penghapus dosa2 kita". ya Allah, masa tu hatiku betul2 tersentak seiring dengan air mata yang laju mengalir.... kenapa aku tidak pernah menyedarinya?? sekiranya ia sebagai penghapus dosa2ku yang lalu, aku meredhainya ya Allah.... :')

the story begins with :
today, all my friends and i have imtihan kafaah... but, apa yg menyedihkan, i the only one gurl yang perlu jawab exam diwaktu petang....  only gurl...huhu... after habis exam, saya terus pulang to my room as soon as possible to meet with all my fren... msuk je bilik, my roomate missing... xpe2, i will look to other frend... saya just tutup pintu with no lock... mmg jadi kebiasaan antara kami tinggalkan bilik tanpa kunci bila nak pergi bilik kwn2 sbelah.... coz.. that floor, all of them is my friend and just satu je bilik bdak arab... tu pun hujung skali and diorang pun jarang je ada... i just go to my fren room in front of my room.... when i go in, saya tengok ada sorang budak arab dalam bilik tu... mungkin my fren guest... i just smile to him... but my fren bisik dkat saya, pelik betul, tetibe je dia masuk, dahla x tanggal kasut, lepas tu tengok2 diorang puye beg (tolong angkatkan beg yang jatuh dan tgok2 beg tu, lawa sangat kott..^_^) tp kitaorang x mampu nak buat apa bila tgok dia dahla pregnant n nampak mcm letih je... simpati la jugak...  after that, dia taye saya, "kam ngurfatuki?" ( berapa nombor bilik awak?) sy dengan x teragak-agak jawab je soalan dia... n then, my fren plak bgtau dia lokasi bilik saya kat mane... hebat betul susunan Allah kn?? :) after a few minute, she just come out from my frend room without saying anything... dgn penuh curiganya, saya n kawan2 pun cakap la pasal dye.. "knape dia masuk bilik kte" "x tanggal kasut plak tu" "ada orang pregnant ke kat sini?" soalan2 tanpa jawapan...huhu (mengumpat ke? entahla, suara keluar tanpa disedari) after 5 minute, x smpai pun kott, dalam 3 minit lpas tu, sy terus balik bilik n kunci my room... just nak buat surprise to my roomate yg saya dah blik... huhu... sementara tu, saya terus cari hp nak call my mom... nk bgtau i miss her so much.. and i want talk with all my siblings memandangkan cuti skolah dah nak hbis pun... cari2 x jumpa, terfikir jgak, tertinggal dkat dewan periksa td ke?? tp buat x tau je, coz my phone slalu je hilang dalam beg sendiri...huu.. hari tu pun berlalu dgn amannya... keesokannya, i dont have class coz this week is my study week 4 final... but i have a class Al-Quran at markaz Hafsah... just menjadi rutin harian, bwak hp ke kelas n bawak sedikit duit.... masa tula baru sedar my purse hilang n my favourite phone jgak hilang.... x keruan jugak diri ini... ya Allah, besarnya dugaan buat hambaMu ini.... muga segalanya Engkau susun dengan baik yang mengandungi hikmah didalamnya,,,,:)

buat yang membaca blog ku ini, doakan semoga segalanya Allah permudahkan... dalam 3 minngu lagi, sy akan ke Mesir, salah satu lagi bumi anbiya'.... but tanpa my visa, i cant go there.... allahumma yassir wa la tu'assir...doakanku... muga Allah permudahkan urusan dan dapat jawab final exam dengan tenang....:)

insyaAllah, muga Allah beri pahala kepadaku dan gantikan untukku dengan yang lebih baik..


Sunday, 2 December 2012

sarapan arab...:)

assalamualaikum w.b.t.

just memory for today...:) after hbis kelas kat jamiah, sy n kwn2 menghadiri klas tambahan utk Quran.... dkat markaz Hafsah name tmpat tu... kat sini ktaorg akan blajar cara nak perbaiki bacaan Al-Quran disamping mempelajari ilmu2 tajwid... sgat bagus sebenarnya, coz after sy hadiri kelas ni, bacaan pun rasa mkin baik... rasa nk praktik baca Quran tu pn mkin membuak-buak... tp ble smpai masa blaja tajwid je, trus lmbik diri ni... huhuhu... im so bad in tajwid...  kelopak mata ni terus je memberat macam x boleh nak angkat2 dah... =_=' but, insyaAllah i will try my best to remember all this n make it more fun...then, sy pun x kn tdo lagi... ;) okeyh, sbenarnya hari ni ada jamuan sket kat markaz ni... jamuan makan pagi.... ish2 bagi diorang sedapla... kte yang lidah melayu ni...hehe... mungkin x sesuai lg kot lidah ni... lama2 duduk sini, mungkin jadi sedap la makanan tuu...entah2 termimpi-mimpi plak nnti...huu... tadaaaaaaaaa..... this is all picture for today..:) enjoy it...


makanan asas kat sini roti.... so, mkn roti yg sama... cume pencicah dye je yg beza... bleh pilih mane yg berkenan di hati... :) yg atas ni, roti+humus = mkanan kegemaran habibah solehah...;)


pencicah roti yg ke-2..... x tahu la nama dye apa... tp dalam dye ada kacang2 sket.. x bleh nk try... tkot x hbis... ;)


pencicah roti yg ke-3..... x try jgak...;) macam ada susu2 skett...


pencicah ke-4... excited gler masa mula2 tgok... ingat mcm sambal nasi lmak tu...hehhe.. tros cicah dgn riang yerr n masukkan dlm mulut... hasilnya??? manis sgt kottttt...ooooo..hee


pencicah ke-5.... pelbagai sayuran didalamnya...:) yg ni pn x try...hee


pencicah ke-6..... yg ni pling misteri... xtaula ape... mcm dah nak hbis kwn2 sy mkn...heheh... msih lg x try... tkotttt..hehe


pencicah ke-7....:) x try jgak... wonder jgak rasa dye camne...hee


pencicah ke-8....satu2nya yg bleh masuk dalam perut..hehhe... rase mcm kacang hijau kat malaysia..okeyla... ni jer yg rasa mcm malaysia skett..hehe


makanan tambahan... jeruk timun... ramai orang suke... tp, sy x bleh lg stakat ni..hhuhu..


jeruk zaitun..:) selera kan nampak??


satu2nya air yang disediakan...:) tuang je air terus teguk..hehhe... rasa macam panadol... mesti baik untuk kesihatan..;)


manisan sebagai pencuci mulut...:) not bad... tp utk siapa yg diabetes, tolong jauhi..hehe


akhir jamuan, hasil daripada pelajar2 malaysia makan.. muga lidah ni cepat membiasakan dgn mkanan di sini..:)

thats all for today...pengenalan untuk makanan sarapan orang2 arab...:) tp jgn risau, ramai jepelajar2 malaysia yang dapat makan dgn seleranya...dah jadi tekak arab kn..:)

p/s: makanan tgah hari kat sini selera je... lg menggemukkan adala..hhehe... ayam, potato, nasi, susu, sayur.... emmmmmmmm... delicious........;) sarapan pagi disini cukupla dengan air susu+cornflakes...:)