Monday, 31 December 2012

Dr Muhammad Mursi


Dr Muhammad Mursi dilahirkan pada 20 Ogos 1951 disebuah perkampungan bernama Al Idwah dalam wilayah Syarqiyah. Beliau lahir dari keluarga sederhana yang mementingkan pendiidkan Islam. Bapanya seorang petani dan ibunya suri rumah sepenuh masa. 

Semasa kecilnya mendapat pendidikan di kampong Al Idwah, akhirnya Dr Mursi memperoleh Ijazah pertama di Universiti Kaherah dalam bidang fakulti kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian ijazah kedua dalam bidang kejuteraan di Universiti yang sama. Pada tahun 1978, Dr Mursi melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat memperoleh ijazah kedoktoran (Phd) tahun 1982 di Universiti Southern California.

Setelah tamat belajar beliau dilantik menjadi pensyarah di Universiti Southern California tempat beliau belajar. Setelah kembali ke Mesir Dr Mursi dilantik menjadi Profesor dan ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material dari tahun 1985 hingga 2000 di Universiti Zaqaziq. 

Dr Mursi sangat terkenal dalam bidang akademik melalui pelbagai kajian terutama dalam bidang industri yang menyentuh pengeluaran hasil bumi Mesir. Beliau mempunyai berpuluh kajian dalam menyelesaikan kajian permukaan logam yang dianggap sebagai bidang utama kepakarannya sehingga kajiannya diktiraf oleh NASA pada tahun 1985.

Dr Muhammad Mursi mendirikan rumah tangga dengan Najla Ali Mahmod pada tahun 1978 dikurniakan 5 anak, beliau isteri dan 5 anaknya menghafal al Quran.

Selain berjaya sebagai ahli akademik, Dr Mursi juga aktif dalam gelanggang dakwah, beliau ahli Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin yang dan ahli majlis penentangan terhadap Zioniosme. Beliau sejak dulu lantang membela rakyat Palestin. 

Dr Mursi antara pendakwah yang cergas dalam Ikhwan Muslimin. Sikap beliau yang terus menentang kezaliman pemerintahan Hosni Mubarak menyebabkan beliau ditangkap beberapa kali. Setelah berlaku penipuan dalam pilihanraya 2005 Dr Mursi menjadi penggerak utama bagi melakukan demontrasi dan menyokong badan kehakiman bebas. Dr Mursi antara mereka yang terlibat dalam menyokong tuntutan gerakan “Hakim Demi Mersir” mendesak kerajaan tidak campur tangan dalam bidang kehakiman.
Akhirnya pada 18 mei 2006 Dr Mursi ditangkap bersama 500 orang anggata Ikhwan Muslimin yang sedang berkumpul di hadapan banguan mahkamah Kaherah. Akibat kesalahan itu menyebabkan beliau di penjara 7 tahun.

Apabila diadakan pilihanraya Presiden Ikhwan Muslimin mengambil keputusan tidak menghantar calonnya. Tetapi kemudiannya Majlis Syura mengkaji semula keputusan itu. Daripada 108 orang ahli majlis syura 56 orang bersetuju dan 52 tidak setuju.

Dan pada mulanya Ikwan Muslimin menamakan calonnya Khairat Shatir untuk merebut kerusi Presiden Mesir tetapi nama itu ditolak lalu diganti dengan nama Dr Muhammad Mursi.
“Kami akan mentaatimu jika kamu mentaati Allah, kami akan menderhaka jika kamu menderhaka kepada Allah, kami akan melakukan revolusi ke atasmu jika kamu menyalahi revolusi dan tujuannya….”

Demikian kata Abdullah Mursi anak Dr Mursi sendiri setelah ayahnya memegang jawatan Presiden Mesir. Isteri Dr Mursi Puan Najla Mahmod pula mengatakan pencalunan Dr Mursdi adalah ujian Allah dan akan lebih mendekatkan mereka kepada Allah. Beliau juga menolak untuk gelaran “Wanita Pertama Mesir”
Setelah menjadi Presiden Mesir, Dr Mursi telah menggariskan lima pekara yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pertama pemerintahannya iaitu mengatasi masalah lalu lintas,Keamanan bagi rakyat Mesir, Kebersihan,Roti dan bahan bakar

“Saya tidak mahu rakyat bencikan saya dengan sebab kenderaan presiden,” kata Dr Mursi.

Beliau meminta pihak keselamatan mengurangkan bilangan kenderaan bagi mengiringi Presiden supaya tidak mengangu pergerakan lalu lintas dijalan raya. Cabaran utama pasukan polis dan pihak keselamatan yang mengiringi Presiden baru Mesir ialah Dr Mursi suka menunaikan sembahyang subuh berjemamah di masjid dan enggan menutup lalu lintas apabila kenderaannya berada di jalan raya kerana tidak mahu menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Sejak menjadi Presiden Mesir yang pertama selepas Revolusi 2011, Dr Mursi tidak membenarkan kenderaan pengiringnya melebihi dari yang sepatutnya. Pada zaman Presiden Hosni Mubarak, beliau akan diiringi sekitar 500 buah kenderaan dan satu perjalan Mubarak menelan belanja antara 5 juta hingga 7juta LE.

Dr Muhaamd Mursi juga menyarankan suaya tidak diadakan perayaan besar besaran menyambut kemenanganya. Pada hari Jumaat di masjid Al hamd di kawasan Tajamuk Khomid behampiran dengan kediaman Dr Mursi, kira-kira setengah jam sebelum khatib menaiki mimbar membaca khutbah Dr Mursi memasuki pintu utama masjid tanpa kawalan keselamatan. Beliau mengambil saf pertama sebelum menunaikan solat sunat tahiyatul masjid. Kemudian Dr Mursi kelihatan membaca al Quran surah al Kahfi hingga azan pertama berkumandang.Selesai sembahyang Dr Mursi kelihatan bersalaman dengan imam dan pada jemaah sebelum beredar keluar dari masjid.

Setelah lebih 80 tahun lamanya Ikhwan Muslimin berjuang untuk menegakkan syariat Islam di Mesir dengan melalui pelbagai tekanan dan kezaliman dari pemerintah Raja Faraouk, Gamal Abdul Naser, Anwar Sadat dam Hosni Mubarak, sehingga ramai pemimpin mereka di tangkap dan dibunuh, kini pertubuhan yang diasaskan Hasan Al Banna itu menuai buah kemenangan melalui pilihanraya. Dr Mursi diberi peluang untuk melaksanakan apa yang diimpikan oleh Hasan Al Banna melalui gerakan Ikhwan Muislimin. Dr Mursi bukan sahaja menjadi harapan rakyat Mesir malah harapan seluruh umat Islam yang cintakan Islam.

No comments:

Post a Comment