Sunday, 16 October 2011

BANGKITLAH,PUJUKLAH DIRI SENDIRI...

setiap orang bila rasa tertekan, mesti mahukan seseorang datang memujuk. bila rasa nak menangis, kalau boleh nak sangat ada crying shoulder.... rasa satu perasaan yang amat bahagia bila ada yang memahami sekaligus cuba untuk menenangkan....tetapi, semua ini hanyalah gambaran yang indah sahaja..tiada siapa yang akan bersama dengan kita sepanjang 24 jam penuh... nak tak nak, kita perlu hadapinya sendiri...  memujuk hati dan bangkit sendiri..ya, mungkin kita boleh katakan, Allah sentiasa ada bersama dengan kita...memanglah, ianya adalah satu kenyataan yang tak dapat dinafikan lagi...namun, secara fitrahnya kita sebagai manusia juga memerlukan manusia yang lain untuk menjadi penyokong.....walaupun kita mungkin mempunyai seorang sahabat baik....tetapi tidak mungkin sahabat itu akan berada disisi kita  24 jam seharian.....oleh itu, belajarlah untuk memujuk diri sendiri...hanya kita yang memahami diri kita sendiri sebenarnya.. aku bukanlah seorang yang kuat untuk memujuk diriku sendiri....amat berharap ada seseorang disisi yang dapat mendengar.... namun, ku sedar hakikat, setiap orang ada kehidupan sendiri yang perlu ditempuh. janganlah terlalu mengharap pada seseorang.... cubalah untuk bangkit dan bangun sendiri wahai diri................

firstly, binalah kekuatan tembok yang kuat.......

bukanlah mudah untuk bangun dan bina kekuatan sendiri....berusaha untuk menjadikan fikiran dan rohani tenang bukanlah semudah ABC.... apakah tembok yang perlu dibina itu?? itulah keimanan.... hanya dengan keimanan, sesorang dapat memujuk, merasionalkan dan menenagkan diri.....ajaib kan?


“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” Surah Ali-Imran ayat 139.

second, menangislah wahai diri.......
inilah 'pemujuk' yang amat aku rasakan berkesan..... semua orang berfikiran begini kan? menangis, menangis, menangislah, menangis sepuas-puasnya..... lepaskanlah segalanya kerana ia ibarat menerbangkan segala kekusutan dan masalah yang melanda.......
but, menangislah sambil berfikir.....that is da best way.....berfikir akan masalah yang dihadapi, uijan yang ditanggungi. jika ada apa-apa masalah yang tersimpan didalam hati, keluarkan semuanya di dalam tangisan yang sedang mengalir.
biarlah kita menangis untuk melapangkan jiwa. bukan tangis kita tangis yang menambah kelemahan. disamping air mata yang mengalir itu, ambil peluang ini untuk rasa kerdil dihadapan Allah SWT. rasakanlah wahai diri, air mata yang tumpah itu adalah satu bentuk kerendahan, bahawa kita adalah manusia yang tak mampu nak tangani uijan ini. air mata, itu adalah bukti kelemahan kita di hadapan Allah..... moga dengan terhapusnya ego diri ini, Allah mendamaikan jiwa, melapangkan hati, dan memberikan kita ketenangan dan jalan keluar kepada masalah kita......

third, cubalah muhasabah diri....
mengimbau kembali apakah kesalahan yang telah kita lakukan selama ini sehingga Allah menguji kita sebegini rupa...
"apakah dosa yang telah aku lakukan selama ini?"
insyaAllah, dengan muhasabah, hati akan menjadi tenang... dapat mengetahui di mana kesilapan kita dan cuba untuk menebus dan memperbaikinya... orang yang hebat ialah, apabila dia jatuh, dia akan cepat-cepat bangkit semula...... bangkit dengan mengambil pengajaran diatas kejatuhannya......

lastly, hadapilah masalah, janganlah lari dari masalah.......
pujuklah hati, kuatkan hati, teguhkan jiwa, tenangkan kalbu..... mungkin, selepas kita tabah menghadapinya, kita akan  bertemu dengan sesuatau yang kita harapkan.... tiada siapa yang tahu..... hanya Allah yang mengetahui segalanya...dan aku amat yakin, Allah tidak ciptakan sesuatau itu dengan sia-sia... termasuklah ujian......kerana, setiap sesuatau itu ada hikmahnya...Allah mengetahui yang terbaik buat hamba-hambaNya.....mesti ada sesuatu yang Allah hendak berikan atau ajarkan..... tinggal kita sahaja yang tidak memerhatikan....... akhir kata, hadapilah ujian, pujuklah diri dan tenanglah wahai jiwa, damailah hati........ 'sesungguhnya, Allah sentiasa bersama hambaNya yang mengingatiNya'

No comments:

Post a Comment